PEMBERIAN GANJARAN: MOTIVASI DALAM
PEKERJAAN
DISEDIAKAN OLEH :
ü
NORARINAH
SAKINAH BINTI SARIF
(02DSK17F1052)
ü
NUR
AFFZAN AFIEKA BINTI AHMAD AFFLUH
(02DSK17F1032)
ü
WAN NUR
LIYANA BINTI WAN TAHAR
(02DSK17F1006)
ü
NUR ANIS
RIDZUAIRA BINTI REHAT @ MOHD YAZID
(02DSK17F1082)
ü
AINI
NAZIHA BINTI ALI
(02DSK17F1004)
DISEDIAKAN UNTUK :
ü
USTAZAH
PUAN WAHIDA BINTI MAT SAID
ISI KANDUNGAN :
1.0
PENGENALAN
2.0
PEMBERIAN GANJARAN
-
PENGERTIAN
-
FAKTOR
-
TUJUAN
-
CONTOH GANJARAN
3.0
MOTIVASI DALAM PEKERJAAN
4.0
MENINGKATKAN MOTIVASI PEKERJA?
5.0
MOTIVASI PEKERJA
6.0
KESIMPULAN
7.0
PENGHARGAAN
8.0
RUJUKAN
Di Kuala Lumpur pada 17 April dahulu, kerajaan akan
menganugerahkan insentif tambahan sebanyak RM100,00 kepada mana-mana peserta
yang berjaya merangkul pingat emas dalam Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) pada
tahun 2017 bertempat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tarikh 14
hingga 19 Oktober. Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
berkata bahawa penambahan sebanyak 40,000 insentif kepada kerajaan yang
memperuntukan untuk pemenang bagi WSC. Ini adalah sebagai galakan kepada
peserta untuk menunjukkan prestasi yang baik. Kesimpulannya, berdasarkan akhbar
yang kami kaji, ia berkaitan dengan topik yang kami bincangkan iaitu ganjaran
dalam pekerjaan. Ini ditunjukkan oleh pemenang yang berjaya di WSC akan
menerima insentif sebanyak RM100,000 sebagai ganjaran.
1.0 PENGENALAN
Pemberian ganjaran
merupakan aspek paling penting dalalm dunia pekerjaan. Ganjaran juga dapat mempengaruhi motivasi
pekerja dan sekaligus meningkatkan produktiviti organisasi. Sesebuah organisasi harus mengetahui betapa
pentingnya ganjaran itu dalam mempengaruhi kualiti dan produktivit.
Organisasi
menawarkan pelbagai bentuk ganjaran bagi menarik minat ramai pekerjaan serta
mengekalkan pekerja yang diterima itu dalam organisasi. Ganjaran yang menarik dapat mempengaruhi
motivsi kerana pemberian ganjaran yang sewajarnya dan berpatutan menyebabkan mereka
merasakan sumbangan mereka kepada organisasi dihargai danversedia menunaikan
tanggungjawab serta memberi hasil tugas yang baik.
Ganjaran terbahagi
kepada dua iaitu ganjaran kewangan yang diberi secara langsung kepada pekerja
sendiri seperti gaji atau upah, bonus, elaun atau pampasan. Manakala ganjaran bukan berbentuk kewangan
ialah perubatan percuma, cuti, kenaikan pangkat dan pengankutan.
Faktor ganjaran
menjadi aset yang terpenting dalam memotivasikan pekerja tidak dinyatakan
berpendapat bahawa gaji yang diberikan adalah motivasi yang strategik kepada
pekerja dan bukan hanya merangkumi gaji malah ganjaran-ganjaran lain diantarnya
bonus, cuti, elaun dan pengangkutan.
Walaupun pelbagai factor lain yang menyumbang kejayaan organisasi. Namun pemberian ganjaran akan menjadi factor yang
penting boleh membawa kepada kepuasan kerja dan meningkatkan motivasi, di
samping produktiviti pekerja itu sendiri.
Oleh itu,
organisasi mewujudkan oharus mewujudkan system ganjaran yang efektif dan
fleksibel bagi memotivasikan tingkah laku pekerja dan mempercayai bahawa
pekerja mempunyai keperluan, nilai matlamat dan jangkaan yang berbeza terhadap
ganjaran yang ditawarkan.
2.0 PEMBERIAN
GANJARAN
- EKTRINSIK – ganjaran kewangan seperti kenaikan gaji dan bonus.
- INSTRINSIK – ganjaran penghargaan seperti surat pujian dan sijil pekerja cemerlang.
Oleh itu, seseorang pengurus harus
mengambil peluang dengan sebaik mungkin untuk menyediakan ganjaran instrinsik
kepada pekerjanya. Dalam hal ini
seseorang pengurus tidak boleh bersifat kedekut untuk tidak memberikan pujian
dan penghargaan yang sepatutnya kepada pekerjanya yang berprestasi
cemerlang. Menurut Muhammad Abdul Rauf
(1994) pembayaran upah, gaji dan yang berkaitan sewajarnya dilakukan mengikut
apa-apa yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Pembayaran tersebut perlu dilakukan secara
tepat mengikut waktu bekerja dan jumlah hari bekerja. Ganjaran sewajarnya patut diberikan kepada
kakitangan yang melakukan usaha dan pencapaian luar biasa sebagai memberikan
pengukuhan dan motivasi kepada yang terlibat dan menjadi contoh kepada
kakitangan lain.
Seperti sabda Rasulullah S.A.W :
“Berilah upah sebelum kering
peluhnya dan beritahulah upah itu adalah hasil peluhnya.”
(Dicatat oleh
al-Baihaqi)
PENGERTIAN GANJARAN
- § Seperti yang telah kita ketahui pengertian ganjaran ialah imbalan.
- § Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia disebutkan bahawa ganjaran adalah hadiah (sebagai pembalas jasa) hukuman, balasan. Dari pengertian ini dapat difahami ganjaran dalam bahasa Indonesia boleh digunanakan untuk balasan yang baik mahupun yang buruk.
- § Sementara itu dalam bahasa Arab ganjaran diistilahkan dengan tsawab. Tsawab juga bermaksud pahala, upah dan balasan. Twasab banyak ditemukan dalam Al-Quran khususnya ketika kitab suci ini berbicara tentang apa yang akan diterima oleh seseorang baik di dunia mahupun di akhirat dari amal perbuatannya. Berdasarkan penelitian dari ayat-ayat Al-Quran tsawab selalu diterjemahkan kepada balasan yang baik.
- § Segala sesuatu yang telah kita lakukan pada akhirnya pasti akan menghasilkan sebuah ganjaran yang baik mahupun buruk sesuai dengan apa yang telah dilakukan.
- § Sehingga ganjaran dalam organisasi merupakan suatu imbalan yang diberikan oleh organisasi kepada pekerja kerana sudah bekerja atau menyumbangkan tenaganya kepada suatu organisasi.
- § Dan juga merupakan sesuatu yang dikehendaki dan dihargai oleh pekerja kerana ia merupakan satu pengakuan.
FAKTOR-FAKTOR
YANG MEMPENGARUHI NILAI GANJARAN
1. Besar atau kecilnya ganjaran atau
gaji yang diberikan.
2. Prestasi, dimana apabila pegawai atau
anggota suatu organisasi mempunyai prestasi yang bagus maka ganjaran pun akan
lebih baik.
3. Pengalaman apabila pegawai atau anggota
organisasi mempunyai pengalaman kerja ataupun berpengalaman dalam berorganisasi
maka ganjaran pun akan lebih baik.
4. Potensi yang dimiliki oleh pegawai
ataupun anggota organisasi berpotensi boleh mempengaruhi cara pegawai yang bergabung dalam suatu organisasi dalam
bekerja ataupun menyelesaikan tugasnya serta dalam memecahkan suatu masalah,
sehingga tujuan organisasi boleh tercapai.
TUJUAN GANJARAN
Ø Untuk
memberikan motivasi pada setiap pekerja yang bergabung atau bekerja pada suatu
organisasi ataupun suatu perniagaan.
Ø Para
pekerja dapat lebih termotivasi untuk melakukan tugas-tugasnya dengan lebih
baik dan efisien demi mendapatkan ganjaran yang setimpal atas segala usaha yang
mereka lakukan.
Ø Sehingga
tujuan suatu organisasi dapat tercapai dengan efektif dan efisien.
Ø Dapat
mempengaruhi sikap dan kepuasan serta prestasi kerja.
Ø Membantu
organisasi memperoleh pekerja yang baik dalam menyelesaikan tugas pekerjaannya.
Ø Mendorong
pekerja berusaha mencapai prestasi kerja yang diinginkan.
CONTOH-CONTOH
GANJARAN
1)
Berbentuk
kewangan
Biasanya
ia diberi dalam bentuk kenaikan gaji, bonus, program keuntungan bersama
dan komisen.
Kenaikan
gaji
o Di dalam syarikat-syarikat kecil di mana
tidak ada sistem gaji yang tetap.
o Majikan mudah untuk memberi ganjaran
kepada mereka yang cemerlang dalam tugas pada bila-bila masa.
Bonus dan program
keuntungan bersama
o Bonus boleh diberi berdasarkan tahap
pencapaian individu ataukumpulan. Ia
adalah sejumlah wang yang diberi secara langsai apabila prestasi luar biasa
ditunjukkan.
Ganjaran dalam bidang
pendidikan
o di dalam sistem pendidikan para pendidik
diberi pilihan untuk mengambil sama ada pencen atau KWSP. Bagi mereka yang memilih pencen, mana-mana
pekerja yang meninggalkan profesion mereka sebelum tempoh pencen yang di
tetapkan, tidak akan mendapat pencen mereka sama sekali.
2)
Bukan
berbentuk kewangan
Anugerah
pencapaian
o
anugerah pekerja cemerlang atau anugerah
pekerja harapan misalnya boleh diberikan .
o
anugerah tersebut boleh diberikan dalam
bentuk saguhati atau hadiah kenang-kenangan.
Perubatan percuma.
o
mendapat rawatan percuma di klinik swasta.
Surat penghargaan
o
pujian sama ada berbentuk tulisan atau
lisan sama ada secara persendirian atau hadapan umum merupakan satu cara untuk
menggambarkan rasa besar hati terhadap pekerja.
Pencen hilang keupayaan
bekerja (PERKESO)
o
Memberi pampasan apabila berlakunya
sesuatu kemalangan, kematian, hilang keupayaan bekerja dan cedera apabila menjalankan tugas.
o
para pekerja yang berpendapatan kurang
daripada RM2000 sahaja layak menerima pampasan ini.
o
sumbangan pekerja adalah 0.5% daripada
gaji bulanan dan 1.25% adalah sumbangan majikan.
3.0 Motivasi
Dalam Pekerjaan.
Motivasi
Pekerjaan adalah sangat
penting bagi anda yang ingin bertahan di karier tertentu untuk mengembangkan
karier, bahkan untuk mencapai karier tertinggi.
Tanpa motivasi kerja adalah tidak mungkin anda mendapatkan prestasi
kerja yang tinggi yang akan berimbas
pada kemajuan karier.
Orang-orang Berjaya dalam karier adalah
mereka yang memiliki motivasi kerja.
Jika seseorang yang memiliki ketrampilan begitu menaruk, ertinya dia
memiliki motivasi tinggi untuk menguasai ketrampilan itu. Jika seseorang mampu menyelesaikan pekerjaan
dengan baik dan cepat, ertinya dia memiliki motivasi kerja yang tinggi. Termasuk mereka yang selalu disiplin bekerja,
kerana motivasi kerjanya yang luar biasa.
Persaingan kerja bukanlah hal yang mudah. Setiap tahun, akan muncul ribuan tenaga kerja
baru yang bersedia menggantikan posisi anda.
Belum rakan kerja, para pekerja yang datang dari luar negeri, bahkan
karyawan di perusahaan pesaing pun boleh mengancam karier anda. Jika anda tidak mampu mempertahankan kerja
yang baik. Jadilah yang terbaik,
pertahankan motivasi kerja anda.
Menurut Islam, kerja merupakan sesuatu yang digariskan bagi umat manusia. Bekerja
adalah sesuai dengan kodratnya sekaligus menjadi cara untuk memperoleh
kebahagiaan dunia dan akhirat, lahir dan batin. Ajaran Islam mendorong semua
orang supaya berusaha sungguh-sungguh untuk menguasai pekerjaannya. Dengan
demikian, setiap muslim tidak dapat dipisahkan dengan kerja, dengan kerja
berarti ia menjunjung martabat kemanusiaannya. Setiap muslim akan kehilangan
martabat kemanusiaannya bila tidak mahu bekerja.
4.0 Meningkatkan
Motivasi Pekerja?
Peningkatan motivasi pekerja anda dapat membantu untuk
meningkatkan produktiviti sama ada pekerja itu atau organisasi. Oleh itu,
terdapat beberapa tips untuk meningkatkan motivasi pekerja.
Tips 1 : Agih tugas ikut kemampuan dan minat
Tidak
semua tugasan itu sesuai untuk semua orang. Anda perlu mengagihkan tugas yang
ada mengikut kemampuan dan minat pekerja anda dengan baik. Sebab itu pentingnya
untuk anda mengadakan sesi interview ketika mahu mengambil mereka bekerja.
Tanyakan kepada mereka pengalaman, minat dan juga kelulusan yang mereka ada. Di
situ anda dapat melihat potensi yang ada pada diri mereka dan lihat juga posisi
yang di pohon mereka itu sesuai untuk mereka atau tidak.
Tips 2 : Mengatur waktu kerja
Tempoh
kerja juga menjadi satu hal yang sensitive. Pekerja bukanlah robot yang boleh
bekerja 24 jam tanpa henti. Oleh itu tetapkan rules khusus berkaitan dengan
waktu bekerja. Adakan jadual agar mereka boleh bekerja mengikut syif.
Tips 3 : Suasana tempat kerja
Sediakan
ruang kedai yang cantik, menarik dan nyaman untuk bekerja. Bukan sahaja pembeli
yang akan menyukai dekorasi kedai anda, malah pekerja juga akan rasa gembira
dapat bekerja di ruangan kerja yang cantik dan indah.
Tips 4 : Kemudahan untuk pekerja
Pekerja
sangat menghargai majikan yang prihatin akan keperluan mereka. Sediakan tempat
khusus untuk mereka solat atau berehat untuk makan. Motivasi mereka akan terus
meningkat apabila mendapat tempat mencari rezeki yang punya kemudahan ini.
Tips 5 : Menyediakan keperluan lengkap
Sebolehnya
sediakan tools yang bagus untuk pekerja anda. Jika tempat kerja memerlukan
computer, sediakan computer yang sesuai, bukanlah computer lama yang slow
loading.
Jika anda menyediakan alatan
untuk bantuan kerja yang lain, sediakan yang baru dan yang rosak lebih baik di
tukar dengan segera. Barulah pekerja anda dapat menjalankan tanggung jawab
dengan selesa.
5.0 MERANCANG MOTIVASI PEKERJA
v Teori Keperluan oleh McClelland
David McClelland menyatakan bahawa keperluan tertentu
seseorang akan didapati pada masa yang tertentu. Pengalaman hidup menentukan
apakah keperluan-keperluan itu. Keperluan-keperluan itu termasuklah keperluan
pekerja untuk mencapai sesuatu, kuasa dan pengaruh ke atas prestasi kerjanya.
v Teori "Expectancy" oleh Vroom
Vroom mencadangkan motivasi berasaskan kepada
ekspektasi. Berbanding dengan teori-teori oleh Maslow dan Herzberg, Teori yang
diwujudkan oleh Vroom:
1.
Dapat menangani perbezaan.
2.
Memberi tumpuan kepada masa sekarang
dan masa akan datang, manakala teori Maslow dan Herzberg memberi tumpuan kepada
yang telahpun berlalu.
3.
Mengaitkan tingkahlaku (behavior)
dengan matlamat.
4.
Mengaitkan motivasi pekerja dengan
kemahiran.
v Teori Menyediakan Matlamat oleh Edwin Locke
( Goal-Setting Theory by Edwin A. Locke
Pada pertengahan tahun 1960, Locke telah bermula mengkaji perkara ini. Beliau telah mengambil apa yang ditulis oleh Aristotle mengenai kejadian tertentu dan apakah mengakibatnya pada tahap yang terakhir (Aristotle's form of final causality.)
Pada pertengahan tahun 1960, Locke telah bermula mengkaji perkara ini. Beliau telah mengambil apa yang ditulis oleh Aristotle mengenai kejadian tertentu dan apakah mengakibatnya pada tahap yang terakhir (Aristotle's form of final causality.)
Dari kajiannya
mengenai matlamat peningkatan prestasi, Locke telah mengemukakan
pandangan-pandangannya bahawa:
·
Adalah sukar untuk mencapai
matlamat-matlamat itu.
·
Matlamat yang senang dicapai
mengakibatkan tahap pencapaian yang rendah.
·
Matlamat yang samar tidak dapat
memperbaiki tahap prestasi.
·
Matlamat boleh dijadikan lebih spesifik
melalui pengukuran atau penyenaraian.
Kelemahan-kelemahan
teori ini termasuklah:
·
Matlamat pekerja mungkin tidak sejajar
dengan objektif organisasi dan mungkin bertentangan mengakbatkan prestasi yang
tidak memuaskan.
Penyediaan matlamat tugas-tugas yang kompleks mungkin menjejaskan
prestasi. Banyak masa dan tenaga digunakan untuk mencapai matlamat-matlamat dan
bukan untuk menjalankan tugas-tugas yang berkenaan.
j Motivasi
adalah keinginan yang terdapat pada diri seseorang individu yang meransangnya
untuk melakukan tindakan-tindakan. Motivasi juga merupakan keadaan kejiwaan dan
sikap mental manusia yang memberikan energy, mendorong kegiatan atau pergerakan
dan mengarahkan atau menyalurkan perilaku ke arah mencapai keperluan yang
memberi kepuasan atau mengurangi ketidakseimbangan. Motivasi sebagai proses di
mana perilaku diberikan energy dan diarahkan.
Assalamualaikum,