Selasa, 30 Januari 2018

PEMBERIAN GANJARAN: MOTIVASI DALAM PEKERJAAN

DISEDIAKAN OLEH :
  ü NORARINAH SAKINAH BINTI SARIF
             (02DSK17F1052) 
  ü NUR AFFZAN AFIEKA BINTI AHMAD AFFLUH
             (02DSK17F1032)
  ü WAN NUR LIYANA BINTI WAN TAHAR
            (02DSK17F1006)
  ü NUR ANIS RIDZUAIRA BINTI REHAT @ MOHD YAZID
            (02DSK17F1082)
  ü AINI NAZIHA BINTI ALI
            (02DSK17F1004)

DISEDIAKAN UNTUK :

  ü USTAZAH PUAN WAHIDA BINTI MAT SAID





ISI KANDUNGAN :

1.0       PENGENALAN

2.0       PEMBERIAN GANJARAN
-               PENGERTIAN
-               FAKTOR
-               TUJUAN
-               CONTOH GANJARAN

3.0       MOTIVASI DALAM PEKERJAAN

4.0       MENINGKATKAN MOTIVASI PEKERJA?

5.0       MOTIVASI PEKERJA

6.0       KESIMPULAN

7.0       PENGHARGAAN


8.0       RUJUKAN





Di Kuala Lumpur pada 17 April dahulu, kerajaan akan menganugerahkan insentif tambahan sebanyak RM100,00 kepada mana-mana peserta yang berjaya merangkul pingat emas dalam Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) pada tahun 2017 bertempat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tarikh 14 hingga 19 Oktober. Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa penambahan sebanyak 40,000 insentif kepada kerajaan yang memperuntukan untuk pemenang bagi WSC. Ini adalah sebagai galakan kepada peserta untuk menunjukkan prestasi yang baik. Kesimpulannya, berdasarkan akhbar yang kami kaji, ia berkaitan dengan topik yang kami bincangkan iaitu ganjaran dalam pekerjaan. Ini ditunjukkan oleh pemenang yang berjaya di WSC akan menerima insentif sebanyak RM100,000 sebagai ganjaran.

1.0   PENGENALAN

     Pemberian ganjaran merupakan aspek paling penting dalalm dunia pekerjaan.  Ganjaran juga dapat mempengaruhi motivasi pekerja dan sekaligus meningkatkan produktiviti organisasi.  Sesebuah organisasi harus mengetahui betapa pentingnya ganjaran itu dalam mempengaruhi kualiti dan produktivit.

     Organisasi menawarkan pelbagai bentuk ganjaran bagi menarik minat ramai pekerjaan serta mengekalkan pekerja yang diterima itu dalam organisasi.  Ganjaran yang menarik dapat mempengaruhi motivsi kerana pemberian ganjaran yang sewajarnya dan berpatutan menyebabkan mereka merasakan sumbangan mereka kepada organisasi dihargai danversedia menunaikan tanggungjawab serta memberi hasil tugas yang baik.

     Ganjaran terbahagi kepada dua iaitu ganjaran kewangan yang diberi secara langsung kepada pekerja sendiri seperti gaji atau upah, bonus, elaun atau pampasan.  Manakala ganjaran bukan berbentuk kewangan ialah perubatan percuma, cuti, kenaikan pangkat dan pengankutan.

     Faktor ganjaran menjadi aset yang terpenting dalam memotivasikan pekerja tidak dinyatakan berpendapat bahawa gaji yang diberikan adalah motivasi yang strategik kepada pekerja dan bukan hanya merangkumi gaji malah ganjaran-ganjaran lain diantarnya bonus, cuti, elaun dan pengangkutan.  Walaupun pelbagai factor lain yang menyumbang kejayaan organisasi.  Namun pemberian ganjaran akan menjadi factor yang penting boleh membawa kepada kepuasan kerja dan meningkatkan motivasi, di samping produktiviti pekerja itu sendiri.

     Oleh itu, organisasi mewujudkan oharus mewujudkan system ganjaran yang efektif dan fleksibel bagi memotivasikan tingkah laku pekerja dan mempercayai bahawa pekerja mempunyai keperluan, nilai matlamat dan jangkaan yang berbeza terhadap ganjaran yang ditawarkan. 




 2.0 PEMBERIAN GANJARAN

  • *      EKTRINSIK – ganjaran kewangan seperti kenaikan gaji dan bonus.
  •        INSTRINSIK – ganjaran penghargaan seperti surat pujian dan sijil                                                 pekerja cemerlang.


     Oleh itu, seseorang pengurus harus mengambil peluang dengan sebaik mungkin untuk menyediakan ganjaran instrinsik kepada pekerjanya.  Dalam hal ini seseorang pengurus tidak boleh bersifat kedekut untuk tidak memberikan pujian dan penghargaan yang sepatutnya kepada pekerjanya yang berprestasi cemerlang.  Menurut Muhammad Abdul Rauf (1994) pembayaran upah, gaji dan yang berkaitan sewajarnya dilakukan mengikut apa-apa yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.  Pembayaran tersebut perlu dilakukan secara tepat mengikut waktu bekerja dan jumlah hari bekerja.  Ganjaran sewajarnya patut diberikan kepada kakitangan yang melakukan usaha dan pencapaian luar biasa sebagai memberikan pengukuhan dan motivasi kepada yang terlibat dan menjadi contoh kepada kakitangan lain.

     Seperti sabda Rasulullah S.A.W :
Berilah upah sebelum kering peluhnya dan               beritahulah upah itu adalah hasil peluhnya.”
(Dicatat oleh al-Baihaqi)

PENGERTIAN GANJARAN

  • §     Seperti yang telah kita ketahui pengertian ganjaran ialah imbalan.


  • §       Dalam  Kamus Besar Bahasa Indonesia disebutkan bahawa ganjaran adalah hadiah (sebagai pembalas jasa) hukuman, balasan.  Dari pengertian ini dapat difahami ganjaran dalam bahasa Indonesia boleh digunanakan untuk balasan yang baik mahupun yang buruk.


  • §       Sementara itu dalam bahasa Arab ganjaran diistilahkan dengan tsawab.  Tsawab juga bermaksud pahala, upah dan balasan.  Twasab banyak ditemukan dalam Al-Quran khususnya ketika kitab suci ini berbicara tentang apa yang akan diterima oleh seseorang baik di dunia mahupun di akhirat dari amal perbuatannya.  Berdasarkan penelitian dari ayat-ayat Al-Quran tsawab selalu diterjemahkan kepada balasan yang baik.



  • §      Segala sesuatu yang telah kita lakukan pada akhirnya pasti akan menghasilkan sebuah ganjaran yang baik mahupun buruk sesuai dengan apa yang telah dilakukan.



  • §      Sehingga ganjaran dalam organisasi merupakan suatu imbalan yang diberikan oleh organisasi kepada pekerja kerana sudah bekerja atau menyumbangkan tenaganya kepada suatu organisasi.


  • §     Dan juga merupakan sesuatu yang dikehendaki dan dihargai oleh pekerja kerana ia merupakan satu pengakuan.

       FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NILAI GANJARAN

       1.  Besar atau kecilnya ganjaran atau gaji yang diberikan.

       2.   Prestasi, dimana apabila pegawai atau anggota suatu organisasi mempunyai          prestasi yang bagus maka ganjaran pun akan lebih baik.

       3.  Pengalaman apabila pegawai atau anggota organisasi mempunyai                          pengalaman kerja ataupun berpengalaman dalam berorganisasi maka                    ganjaran pun akan lebih baik.

       4.   Potensi yang dimiliki oleh pegawai ataupun  anggota organisasi berpotensi           boleh mempengaruhi cara pegawai yang bergabung dalam suatu organisasi           dalam bekerja ataupun menyelesaikan tugasnya serta dalam memecahkan             suatu masalah, sehingga tujuan organisasi boleh tercapai. 



TUJUAN GANJARAN
           Ø     Untuk memberikan motivasi pada setiap pekerja yang bergabung atau                    bekerja pada suatu organisasi ataupun suatu perniagaan.

Ø     Para pekerja dapat lebih termotivasi untuk melakukan tugas-tugasnya dengan lebih baik dan efisien demi mendapatkan ganjaran yang setimpal atas segala usaha yang mereka lakukan.

 Ø    Sehingga tujuan suatu organisasi dapat tercapai dengan efektif dan     efisien.

Ø     Dapat mempengaruhi sikap dan kepuasan serta prestasi kerja.


Ø     Membantu organisasi memperoleh pekerja yang baik dalam   menyelesaikan tugas pekerjaannya.

Ø     Mendorong pekerja berusaha mencapai prestasi kerja yang diinginkan.


CONTOH-CONTOH GANJARAN

1)    Berbentuk kewangan
     Biasanya ia diberi dalam bentuk kenaikan gaji, bonus, program keuntungan bersama dan  komisen.

Kenaikan gaji
o    Di dalam syarikat-syarikat kecil di mana tidak ada sistem gaji yang tetap.
o    Majikan mudah untuk memberi ganjaran kepada mereka yang cemerlang dalam tugas pada bila-bila masa.

Bonus dan program keuntungan bersama
o    Bonus boleh diberi berdasarkan tahap pencapaian individu ataukumpulan.  Ia adalah sejumlah wang yang diberi secara langsai apabila prestasi luar biasa ditunjukkan.
Ganjaran dalam bidang pendidikan
o    di dalam sistem pendidikan para pendidik diberi pilihan untuk mengambil sama ada pencen atau KWSP.  Bagi mereka yang memilih pencen, mana-mana pekerja yang meninggalkan profesion mereka sebelum tempoh pencen yang di tetapkan, tidak akan mendapat pencen mereka sama sekali.

2)    Bukan berbentuk kewangan

Anugerah pencapaian
o   anugerah pekerja cemerlang atau anugerah pekerja harapan misalnya boleh diberikan .
o   anugerah tersebut boleh diberikan dalam bentuk saguhati atau hadiah kenang-kenangan.
Perubatan percuma.
o   mendapat rawatan percuma di klinik swasta.
Surat penghargaan
o  pujian sama ada berbentuk tulisan atau lisan sama ada secara persendirian atau hadapan umum merupakan satu cara untuk menggambarkan rasa besar hati terhadap pekerja. 

Pencen hilang keupayaan bekerja (PERKESO)
         o   Memberi pampasan apabila berlakunya sesuatu kemalangan,                kematian, hilang keupayaan bekerja dan cedera apabila                          menjalankan tugas.
         o   para pekerja yang berpendapatan kurang daripada RM2000                  sahaja layak menerima pampasan ini.
         o   sumbangan pekerja adalah 0.5% daripada gaji bulanan dan                   1.25% adalah sumbangan majikan.


3.0  Motivasi Dalam Pekerjaan.

*    Motivasi Pekerjaan adalah sangat penting bagi anda yang ingin bertahan di karier tertentu untuk mengembangkan karier, bahkan untuk mencapai karier tertinggi.  Tanpa motivasi kerja adalah tidak mungkin anda mendapatkan prestasi kerja yang  tinggi yang akan berimbas pada kemajuan karier.

*    Orang-orang Berjaya dalam karier adalah mereka yang memiliki motivasi kerja.  Jika seseorang yang memiliki ketrampilan begitu menaruk, ertinya dia memiliki motivasi tinggi untuk menguasai ketrampilan itu.  Jika seseorang mampu menyelesaikan pekerjaan dengan baik dan cepat, ertinya dia memiliki motivasi kerja yang tinggi.  Termasuk mereka yang selalu disiplin bekerja, kerana motivasi kerjanya yang luar biasa.
      Persaingan kerja bukanlah hal yang mudah.  Setiap tahun, akan muncul ribuan tenaga kerja baru yang bersedia menggantikan posisi anda.  Belum rakan kerja, para pekerja yang datang dari luar negeri, bahkan karyawan di perusahaan pesaing pun boleh mengancam karier anda.  Jika anda tidak mampu mempertahankan kerja yang baik.  Jadilah yang terbaik, pertahankan motivasi kerja anda.



     Menurut Islam, kerja merupakan sesuatu yang digariskan bagi umat manusia. Bekerja adalah sesuai dengan kodratnya sekaligus menjadi cara untuk memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat, lahir dan batin. Ajaran Islam mendorong semua orang supaya berusaha sungguh-sungguh untuk menguasai pekerjaannya. Dengan demikian, setiap muslim tidak dapat dipisahkan dengan kerja, dengan kerja berarti ia menjunjung martabat kemanusiaannya. Setiap muslim akan kehilangan martabat kemanusiaannya bila tidak mahu bekerja.


4.0  Meningkatkan Motivasi Pekerja?



     Peningkatan motivasi pekerja anda dapat membantu untuk meningkatkan produktiviti sama ada pekerja itu atau organisasi. Oleh itu, terdapat beberapa tips untuk meningkatkan motivasi pekerja.

        Tips 1 : Agih tugas ikut kemampuan dan minat
      Tidak semua tugasan itu sesuai untuk semua orang. Anda perlu mengagihkan tugas yang ada mengikut kemampuan dan minat pekerja anda dengan baik. Sebab itu pentingnya untuk anda mengadakan sesi interview ketika mahu mengambil mereka bekerja. Tanyakan kepada mereka pengalaman, minat dan juga kelulusan yang mereka ada. Di situ anda dapat melihat potensi yang ada pada diri mereka dan lihat juga posisi yang di pohon mereka itu sesuai untuk mereka atau tidak.
        Tips 2 : Mengatur waktu kerja
      Tempoh kerja juga menjadi satu hal yang sensitive. Pekerja bukanlah robot yang boleh bekerja 24 jam tanpa henti. Oleh itu tetapkan rules khusus berkaitan dengan waktu bekerja. Adakan jadual agar mereka boleh bekerja mengikut syif.
        Tips 3 : Suasana tempat kerja
      Sediakan ruang kedai yang cantik, menarik dan nyaman untuk bekerja. Bukan sahaja pembeli yang akan menyukai dekorasi kedai anda, malah pekerja juga akan rasa gembira dapat bekerja di ruangan kerja yang cantik dan indah.
        Tips 4 : Kemudahan untuk pekerja
      Pekerja sangat menghargai majikan yang prihatin akan keperluan mereka. Sediakan tempat khusus untuk mereka solat atau berehat untuk makan. Motivasi mereka akan terus meningkat apabila mendapat tempat mencari rezeki yang punya kemudahan ini.
        Tips 5 : Menyediakan keperluan lengkap
      Sebolehnya sediakan tools yang bagus untuk pekerja anda. Jika tempat kerja memerlukan computer, sediakan computer yang sesuai, bukanlah computer lama yang slow loading.
      Jika anda menyediakan alatan untuk bantuan kerja yang lain, sediakan yang baru dan yang rosak lebih baik di tukar dengan segera. Barulah pekerja anda dapat menjalankan tanggung jawab dengan selesa.
5.0  MERANCANG MOTIVASI PEKERJA

  v  Teori Keperluan oleh McClelland
      David McClelland menyatakan bahawa keperluan tertentu seseorang akan didapati pada masa yang tertentu. Pengalaman hidup menentukan apakah keperluan-keperluan itu. Keperluan-keperluan itu termasuklah keperluan pekerja untuk mencapai sesuatu, kuasa dan pengaruh ke atas prestasi kerjanya.


  v  Teori "Expectancy" oleh Vroom
      Vroom mencadangkan motivasi berasaskan kepada ekspektasi. Berbanding dengan teori-teori oleh Maslow dan Herzberg, Teori yang diwujudkan oleh Vroom:

1.       Dapat menangani perbezaan.
2.      Memberi tumpuan kepada masa sekarang dan masa akan datang, manakala teori Maslow dan Herzberg memberi tumpuan kepada yang telahpun berlalu.
3.      Mengaitkan tingkahlaku (behavior) dengan matlamat.
4.      Mengaitkan motivasi pekerja dengan kemahiran.
   
  v  Teori Menyediakan Matlamat oleh Edwin Locke
(     Goal-Setting Theory by Edwin A. Locke
Pada pertengahan tahun 1960, Locke telah bermula mengkaji perkara ini. Beliau telah mengambil apa yang ditulis oleh Aristotle mengenai kejadian tertentu dan apakah mengakibatnya pada tahap yang terakhir (Aristotle's form of final causality.)
    Dari kajiannya mengenai matlamat peningkatan prestasi, Locke telah mengemukakan
    pandangan-pandangannya bahawa:
·         Adalah sukar untuk mencapai matlamat-matlamat itu.
·         Matlamat yang senang dicapai mengakibatkan tahap pencapaian yang rendah.
·         Matlamat yang samar tidak dapat memperbaiki tahap prestasi.
·         Matlamat boleh dijadikan lebih spesifik melalui pengukuran atau penyenaraian.
    Kelemahan-kelemahan teori ini termasuklah:
·         Matlamat pekerja mungkin tidak sejajar dengan objektif organisasi dan mungkin bertentangan mengakbatkan prestasi yang tidak memuaskan.
      Penyediaan matlamat tugas-tugas yang kompleks mungkin menjejaskan prestasi. Banyak masa dan tenaga digunakan untuk mencapai matlamat-matlamat dan bukan untuk menjalankan tugas-tugas yang berkenaan.

j   Motivasi adalah keinginan yang terdapat pada diri seseorang individu yang meransangnya untuk melakukan tindakan-tindakan. Motivasi juga merupakan keadaan kejiwaan dan sikap mental manusia yang memberikan energy, mendorong kegiatan atau pergerakan dan mengarahkan atau menyalurkan perilaku ke arah mencapai keperluan yang memberi kepuasan atau mengurangi ketidakseimbangan. Motivasi sebagai proses di mana perilaku diberikan energy dan diarahkan.


     Assalamualaikum,




1.   Buku teks Pengurusan Dalam Islam
2.  Buku Motivasi Kepimpinan & Efektivitas Kelompok: Prof. Dr. Sudarwan Danim



1 ulasan:

PEMBERIAN GANJARAN: MOTIVASI DALAM PEKERJAAN DISEDIAKAN OLEH :   ü NORARINAH SAKINAH BINTI SARIF              (02DSK17F1052)  ...